2015/10/29

Uni life (beginner version)

Dah lama nak update tapi macam tak tahu nak tulis apa huhuhu and the thought of writing in english buat aku rasa macam lagi .... err err... gitu hahaha masyaAllah muet is just around the corner!!!11!!! nak buat camne ni hahaha

So asasi 4 bulan was fuuuh, alhamdulillah sangar bersyukur atas segalanya. all the ups and downs but overall, syukur ya Rabb. it was good. 

Minggu destini siswa was a typical orientation. banyak sangat jeritan jeritan amuk para pembantu mahasiswa mahasiswi hahaha tetapi bukanlah salah mereka jika kami berkelakuan jelik sekali. entahlah bila masuk tempat baru ni, memang jumpa orang macam macam. yang menggatal, yang terkinja kinja, yang outspoken, yang mencarut 24 jam pergh MDS yang sangat ... bolehlah. cuma part paling tak tahan, kena buat 24 jam sorak sorak. tapi disebabkan aku seorang yang berbudi, maka ikut jelah arahan facilitator. dorang pun tak cukup tidur, so tak boleh lah nak selfish kan? tapi memang jelas nampak belang belang manusia yang bermuka monyok dan bermuncung tajam sambil berkata "ahh dia fikir kita budak budak ke" 

Nah belanja gambar MDS 



@ DATC
Para Ahli Bilik
Me-Ellya-Ain-Yasmeen



Selepas mengharungi liku liku pahit manis orientasi, here we go, the real business; lectures & tutorials. minggu akademik bermula. maka bermulahlah sesi tawaf di fakulti mencari kelas selain sesi suai kenal bersama ahli kelas. 

Asasi undang-undang dibahagikan kepada dua; asasi undang-undang uitm dan asasi undang-undang kptm. apakah bezanya? ya aku pun jemu nak menjawabnya huhu boleh tekan sini. (banyak sangat orang tanya huhu) and I'm from foundation of law kptm. jumlah kelas semua ada 17. satu kelas approximately 25-27 people. 

I have 27 classmates; 22 perempuan 5 lelaki. ya, 5 lelaki. tepuk tangan ramai ramai :') diorang semua ok je, boleh ajak lepak lepak makan ABC kat seksyen dua, juga boleh bersama-sama stay up untuk habiskan assignment sehingga tengah tengah pagi. 

Jika ditanya tentang first impression diorang pada aku mestilah aku seorang yang baik. malangnya itu cuma first impression kerana kemudiannya mereka memanggil aku "syaiton" :') Apakah dosaku sehingga digelar sedemikian rupa? :') 

Mula mula agak janggal nak bertegur sapa. tapi tak lama pun sebab semua jenis banyak mulut, hu ha hu ha, so semua jadi bertegur sapa. dalam masa seminggu kelas, dah boleh gelak gelak sambil berkata "weh sakit perut aku" dan masih terkekek-kekek. mereka juga sangat petah berkata-kata membuatkan aku terkadang rasa seperti ingin menjerit "diam diam aku memerlukan ketenangan" apabila rakan-rakan sekelasku mula mengadakan persidangan parlimen secara tiba-tiba. 

However, it is undeniable that they speak so well tip top melet0p. yelah takkan law students pemalu pulak kan (huhu apakah yang aku cuba justify ni) classsmates aku sangat riuh dan kepoh. kalau jalan ramai ramai nak pergi kelas,memang bajet diva la bising dia haha semua orang sangat ceria dan happening. aku sangat suka kelas aku sebab kami semua macam lek lek je pegi kelas tak overly dress up. and the bond between us classmates are strong. unite beb. lunch konvoi, solat zohor konvoi, lepas kelas kalau nak keluar pergi seksyen 7 / seksyen 2 pun sama-sama. bond dia macam covalent bond sebab kami selalu share makanan dan duit wahahaha no the bond is really special :) 



gambar time aku masih bertatih menghafal nama nama kamu semua LWA01F




konvoi satu kelas balik kolej 


 belanja gambar fakulti, ya memang  tangga batu caves huhu

semua orang tak reti duduk diam @ sambutan raya

Ada satu weekend tu, majoriti nak stay kolej siapkan assignment.
& Kami ambil kesempatan untuk berfutsal 

Black & white kinda day because we have presentation

Kalau group assignment memanjang dengan diorang since mula mula sem sampailah
habis sem because meja depan belakang je. Nama geng: powerpuff girl (maafkan atas nama
yang sangat comel ) 

This picture is taken after the last class; tanda tamat semester satu yeayy!!!!



Alhamdulillah syukur. sepanjang semester satu, sangat memenatkan (serious punya penat yang masa makan, masa tidur tak menentu) tapi students life kan, so takkan lah goyang kaki pulak kan kekeke tapi on the bright side, penat penat itu adalah petanda yang aku memanfaatkan masa lah kut, insyaAllah. semoga usaha yang aku taburkan membuahkan hasil insyaAllah.

Memang tak dinafikan yang mula mula masuk, aku mengalami penyakit mengungkit. apakah penyakit tersebut? haaaaaa penyakit tu macam mengenang memori masa lampau acah acah kau takleh move on hahaha I have to admit that I kinda struggle for the first few months. dari segi hostel life, it was alhamdulillah. maybe sebab sebelum ni duduk asrama. tapi part yang aku struggle betul is part nak adapt dengan orang-orang sekeliling. living in taiping really gave me chance to know Allah better and to learn Islam better.  tiba tiba bila masuk universiti, pap banyak gila orang dating yang beraksi pelik pelik, nak naik bas pun bertolak tolak macam tak bertamadun, orang orang dia dress up gegila hipster tapi nak ke kelas je pun huhuhu tak tak tak, I'm not judging. absolutely, it's their freedom of choice. cuma aku.... terkejut.... sebab selamani tak pernah lalui huhuhu

tapi bak kata oranglah. time does heal. lama lama tu,aku macam dah lali. pergi kelas pun macam, lantak k0 lah. lepas sebulan lebih, aku akhirnya boleh terima yang aku dekat uitm bukan dekat mrsm lagi *insert sad instrumental*  what i learnt is that, sometimes kita tak boleh expect yang semua orang rasa macam mana kita rasa. kadang-kadang kita rasa "eh benda ni macam tak elok je" but to certain people, benda tu ok je for them. background kita semua berbeza, kita bukan dari rahim dan environment yang sama. maka, personality dan behaviour kita adalah outcome dari apa yang kita lalui. apa yang aku went through lain dengan apa yang dia went through. so, what should we do? firstly, accept because dengan menerimalah kita dapat belajar sesuatu daripada mereka :)


pastu bila dah adapt, mula lah aku terkinja-kinja 24/7 kerana kegembiraan dan rasa kesyukuran di dalam hati wehehehe


tapi apa yang buat aku paling happy? haaaa haaa haaaaa apa diaaaa ce tekaaaa







I'm happy with the fact that ......


I'm studying the course that suits myself. 
I'm really happy that I finally feel that I'm back on track after struggling with science subjects for two years.
Syukur ya Rabb,Alhamdulillah 

;') 


Habis dah semester satu!!!!111!!! yeay!!

No comments:

Post a Comment

Rambling about: my right foot

Tomorrow, 19.12.2022, is my first day of work as a corporate in house counsel.  It feels pretty surreal. Nerve-wrecking too. I've been i...